Fikir Positif


Fikir Positif

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

(Hasil tulisan oleh Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D.)

Biasanya petikan tulisan di atas hanya memberi kesan kepada segelintir manusia sahaja yang mementingkan perubahan dalam diri mereka untuk terus berfikiran positif.

Bagi saya, BERUSAHA pasti ada KEJAYAAN ! Biarpun besar mana rintangan dihadapi, PASTI ada jalan yang terbaik untuk mengatasinya, cuma perlukan sedikit tekanan untuk menggerakkan diri sendiri menerokainya. Saya fikir anda semua setuju dengan semua kata-kata di atas, kerana tidak ada perkataan mustahil kita tidak boleh melakukannya.

Oleh itu, jangan buang masa lagi teruskan niat anda sekarang untuk belajar berubah!

Mulakan SEKARANG!

Website ini tidak ditaja oleh HR Ikhlas dan borang penyertaan boleh hantar terus kepada alamat di

Think Forward-HR IKHLAS, No. 281 Jalan Kempas 9, Bandar Putra, 81000 Kulai, JOHOR.

(formely known HR IKHLAS, No. 30 Jalan TU 2, TAMAN TASIK UTAMA, 75450 AYER KEROH, MELAKA.)


Emel : hrikhlas@rocketmail.com





-----------------------------------------

-
-
Compare hotel prices and find the best deal - HotelsCombined.com
-
Web hosting
-

-
Make a Free Website with Yola.